Daripada Tsauban r.a. berkata,
Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsaa dan
seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak
makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya
“Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan
kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan
Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan
Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”
Seorang sahabat bertanya, “Apakah
wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada
mati”;- (Riwayat Abu Daud )
Dari Ali r.a bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda: Hampir datang suatu zaman, di mana agama Islam hanya tinggal
namanya sahaja, dan dari Al-Quran hanya tinggal huruf dan tulisannya sahaja.
Masjid-masjid indah dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk.Ulama mereka
adalah yang paling jahat di antaranya yang ada di bawah langit. Dari mereka
(ulama) itu akan muncul berbagai-bagai fitnah dan fitnah itu akan kembali ke
lingkungan mereka sendiri (umat Islam);- (Riwayat Baihaqi).
Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda: “Akan datang atas manusia suatu masa, di mana keadaan orang
mukmin pada masa itu lebih hina daripada domba” ;- (Riwayat Ibnu Asakir)
Abdullah bin Abbas r.a berkata
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada)
orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama
dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin),
biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka
dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya)
tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian
pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu
melainkan beberapa kesalahan belaka;- (Riwayat Ibnu Majah).
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang
mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang
lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia)
untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada
gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang
jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: “Apakah kamu tertipu dengan
kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi
kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di
kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi
bingung (dengan sebab fitnah itu)”;- (Riwayat Tirmidzi).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar