Maraknya suap
- Mu’az bin Jabal
berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Ambillah pemberian, selama itu
berbentuk sebuah pemberian. Sedangkan jika telah menjadi bentuk suap, maka
dalam agama, janganlah kamu mengambilnya.Tidaklah keengganan kamu
meninggalkannya lalu mencegah kamu dari kemiskinan dan keperluan hidup. Ingat,
lingkaran Islam selalu berputar, maka berputarlah bersama Al-Quran ke mana pun
ia mengarah. Ingat, Al-Quran dengan penguasa akan berbeza arah. Maka dari itu,
janganlah kamu memisahkan diri dari Al-Quran. Ingat, kelak akan berkuasa atas
kamu pemimpin-pemimpin yang akan memutuskan untuk diri mereka sesuatu yang
tidak diputuskan untuk kamu. Jika kamu membangkang kepada mereka, maka sudah
tentu mereka akan membunuh kamu. Akan tetapi, apabila kamu mematuhinya, maka
mereka pasti akan menyesatkan kamu. Para sahabat bertanya: “Apa yang harus kami
lakukan pada waktu seperti itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Lakukanlah
seperti yang dilakukan oleh para pengikut Isa bin Maryam, di mana mereka
menyebar dengan membawa gergaji, lalu memikul kayu. Kerana, mati dalam ketaatan
kepada Allah jauh lebih baik daripada hidup dalam keadaan bermaksiat
kepadaNya”;- (Riwayat Tabrani).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar