Hal yang pokok dalam Asas Islam
ialah: Kepercayaan yang bersungguh-sungguh kepada Keesaan Allah yang mutlak -
ini dipanggil `Tauhid'. Kepercayaan ini bermakna mengetahui bahawa hanya ada
satu Tuhan Yang Wujud, Yang Mencipta dan Menghidupkan manusia dan alam semesta,
dan TIDAK ADA pihak lain yang setara denganNya atau yang layak disembah,
dipuja, ditaati kecuali Dia. tahta, harta, hawa nafsu, semuanya tanpa
terkecuali adalah mahluk yang takpantas disembah, dipuja. hanya Allah semata
yang memiliki hak di yakini, diibadahi, ditakuti, dicintai, di sukuri, dan di
pinta pertolongan.
Seorang Muslim adalah yang mengaku dan percaya bahawa:
Tiada tuhan yang layak dan wajib disembah dan ditaati melainkan ALLAH dan Nabi
Muhammad adalah Rasul Pesuruh Allah.
Nama ALLAH adalah kepunyaan
mutlak Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan Sekalian Alam.
Nabi Muhammad SAW adalah manusia
yang diutuskan untuk membimbing manusia dan jin ke jalan Islam.
Al Quran al Karim dan Sunnah
Rasulullah SAW adalah sumber ajaran Islam.
Seorang Muslim yang waras
diwajibkan mendirikan Solat 5 kali sehari untuk menyembahNya. Di masa lain,
seorang Muslim itu diwajibkan untuk mematuhi hukum dan syariat Islam, menjauhi
larangan dan perbuatan keji & mungkar.
Allah SWT menciptakan bumi dan
manusia ini untuk menjadi Khalifah.
Allah SWT menciptakan jin dan
manusia hanya untuk beribadat kepadaNya.
Allah SWT menuntut manusia
beriman kepadaNya dengan menganut Islam dan beraqidah yang benar dan melakukan
peribadatan dengan cara yang diajar oleh Rasulullah SAW.
Segala amal perbuatan manusia
dikira sebagai ibadah jika ia dilakukan untuk keredhaan Allah, dan dikira
sebagai dosa jika perbuatan itu adalah dilarang, atau dilakukan bukan untuk
keredhaanNya.
Manusia ada yang menyembah
manusia lain, memuja dan mengagungkan orang, artis pujaan, benda, material,
ideologi, negara, bangsa, alat, sains. Ada manusia yang memperhambakan dirinya
(devotion) untuk sesuatu contohnya sukan, mendaki gunung, wanita, fesyen, seni,
bidang sains, teknologi, kerjaya, jawatan - manusia seperti ini sanggup
berkorban dan hidup-matinya hanya memikirkan dan mementingkan perkara yang
diminatinya atau dipujanya, atau orang yang dicintainya. Perkara atau benda
yang disembah dan dipuja dan dipertuhankan mungkin juga dipanggil atau dianggap
sebagai tuhan, dan aktiviti yang ditumpukannya juga dianggap sebagai agama
(religion).
Islam adalah tinggi dan mulia, ia tidak sama dengan agama atau ideologi lain. Ia tidak layak disamatarafkan. Islam tidak boleh dinisbahkan kepada Hadhari, Progresif, Liberal, dan sebagainya.
Islam adalah tinggi dan mulia, ia tidak sama dengan agama atau ideologi lain. Ia tidak layak disamatarafkan. Islam tidak boleh dinisbahkan kepada Hadhari, Progresif, Liberal, dan sebagainya.
Sebaliknya perkara yang Islami dan memenuhi kriteria
Islam boleh dinisbahkan kepada Islam: Pendidikan Islam, rumahtangga Islam,
politik Islam, negara Islam, tentera Islam, kejayaan Islam, Hadharah
Islamiyyah, Daulah Islamiyyah.
Islam mewujudkan rasa cinta dan takut dan harapan
kepada Allah Tuhan Yang Maha Esa, rasa kasih dan cinta kepada Nabi Muhammad
SAW, para Sahabat, para Nabi dan Rasul sebelum Muhammad SAW, serta kasih kepada
semua bangsa seluruh dunia yang beragama Islam, dan lebih lagi para pejuang dan
pembela Islam. Islam juga memberikan al Quran al Karim sebagai rujukan dan
panduan hidup Muslim, serta Sunnah Rasulullah yang wajar diikuti, dan Syariat
Islam yang disusun oleh para alim ulama.
Islam membangkitkan kesedaran kepada setiap manusia
akan kewujudan dan kekuasaan Allah SWT, rahmat dan nikmatNya kepada manusia di
dunia, dan perihal keadaan selepas mati yakni keadaan manusia di dalam kubur,
di Hari Akhirat, syurga dan neraka. Islam mengajar manusia bahawa sesiapa yang
mentaati Allah SWT dengan Islam, ia akan dimasukkan ke syurga yang kekal.
Manakala sesiapa yang derhaka, kufur, engkar, akan dihumban ke dalam seksa api
neraka. Islam mengajar manusia supaya hidup di dunia dengan mematuhi ajaran dan
panduan yang diwahyukan daripada Allah SWT kepada Nabi dan Rasul. Manusia
diajar perkara Halal dan Haram, Haq dan Batil, benar dan salah, yang suci murni
dan yang keji dan mungkar, supaya manusia memelihara diri dan keluarganya,
masyarakat dan umat manusia seluruhnya.
Islam bukanlah sekadar hobi, kepercayaan individu -
Islam menuntut umatnya untuk melaksanakan ajaran Islam dalam urusan masyarakat,
ekonomi, politik, pentadbiran, kenegaraan, kerajaan, pemerintahan, ketenteraan,
rumahtangga dan kekeluargaan.
Islam meletakkan beberapa tuntutan dan kewajiban yang
mesti dilaksanakan oleh perseorangan dan masyarakat Muslim.
Islam menuntut kita supaya menyerukan dakwah kepada
sekelian manusia pelbagai bangsa, bahasa, dan taraf.
Islam juga memberikan kepada para Muslimin dan
Muslimat - harapan, cita-cita, keazaman, strategi, gerakerja dan program,
kekuatan dan kebanggaan - untuk memenangkan Islam di atas agama lain dan
sekularisme.
Hanya dengan Islam, kita akan selamat dan berjaya, di
dunia dan di Akhirat.
Islam juga mengajar manusia bahawa selain Islam adalah
batil dan sesat. Jalan yang lurus (Siratul Mustaqim) adalah jalan Islam, selain
daripada itu akan membawa kepada kesesatan dan kegagalan di dunia dan akhirat. Tidak ada
campur-aduk atau konsep `liberal, radikal, moderate, ekstremis' .
Orang yang
tidak menerima Islam, atau menentang Islam adalah kafir, juga disebut sebagai
kuffar dan alkaafiruun.
Ada juga manusia
yang mengaku beragama Islam dan sebagai Muslim, tetapi dalam hatinya benci atau
tidak suka kepada Islam dan Muslimin. Orang sebegini adalah Munafiq, dan ia di
Akhirat kelak akan dihumban ke dalam api neraka yang bawah sekali. Kenapa Allah
SWT benci kepada Munafiq? Kerana ia pura-pura beriman kepada Allah, tetapi ia
tidak mentaatiNya, tidak ikhlas malah bersubahat dengan kuffar dalam menentang
Islam. Ia membenci sesuatu ketetapan dalam Islam, contohnya kewajiban menutup
aurat, pengharaman riba', perjudian, perzinaan. Malah ia mahu pula ajaran Islam
itu disekat, atau diubah dan dijadikan hanya amalan peribadi, hobi atau
rekreasi individu. Si munafiq menjadi dalang kepada kuffar - semasa zaman era
kolonialisme Eropah ke atas bangsa dan kerajaan lain, golongan munafiqin inilah
yang memudahkan penaklukan dan penguasaan Eropah. Mereka juga bersubahat
menjatuhkan Daulah Islamiyyah Kerajaan Khalifah Islam Turki yang jatuh pada
tahun 1924.
Hingga ke
hari ini dan sampai dunia dihancurkan, golongan Kuffar, Munafiqin, dan
anti-Islam yang terdiri daripada Yahudi, Kristian, Bahai, Qadiani, Hindu,
Buddha, atheis, sekularis, gangster Mafia, Yakuza, dan terutama sekali
pertubuhan Zionisme dan Freemasons, bersatu dan meletakkan matlamat utama
mereka untuk menentang Islaam dan menegakkan kekuasaan kuffar mereka di dunia
ini. Mereka menggunakan pelbagai cara untuk melemahkan dan merosakkan Islam dan
orang Islam - dengan menggalakkan dakyah Kristianiasi, pemurtadan, ajaran
sesat, atheisme, sekularisasi, memutarbelitkan ajaran Islam dengan fahaman
liberal dan progresif atau pluralisme agama, sistem demokrasi dan perundangan
sekular, menyebarkan filem lucah dan bodoh, hiburan, media akhbar dan majalah,
buku bacaan dan novel, sistem pendidikan sekular, ilmu batil dan sains sesat
seperti `Darwinism' dan teori evolusi, dan menghasilkan produk industri yang
memudaratkan, teknologi yang membunuh atau mengawal manusia (contohnya
perisikan), makanan, minuman, pakaian, fesyen yang tidak mematuhi syariat
Islam. Mereka menghina Islam, menghina manusia yang cintakan Islam dan
kebaikan. Jika anda perasan, drama TV dan filem Barat seperti CSI semuanya
bertemakan pembunuhan, kekejaman, jenayah, keganasan, pergaulan bebas,
perzinaan, homoseksualiti - ditonton pula oleh orang Islam sebagai hiburan.
Mereka memaksakan riba', bank dan sistem kewangan riba' dan Yahudi, United
Nations dan agensinya, Israel, free trade, WTO, World Bank dan IMF ke atas
manusia. Mereka memang mahu bangsa-bangsa seperti kita Melayu, Arab Muslim,
Cina Muslim, dan apa juga bangsa yang telah sebati dengan Islam, supaya tidak
lagi cinta Islam, atau merasa malu dan hina menjadi orang Islam, malah murtad
atau sekular. Bila umat Islam tidak lagi cintakan dan memperjuangkan Islam,
maka akan mudahlah golongan anti-Islam ini menguasai dunia.
Keadaan
manusia dari sejak Nabi Adam a.s hinggalah ke hari ini adalah pertentangan
antara dua:
Ubudiyyah kepada Allah vs Taghut
Islam dan Jahiliyyah (Kuffar)
Haq dan Batil
Taat pada Allah SWT vs Durhaka pada Allah
Kebenaran (Islam) dan Kepalsuan selain Islam (samada agama atapun ideologi dan sekularisme)
Golongan Hizbullah dan golongan HizbuSyaitan / HizbuTaghut
Daulah Islamiyyah vs Daulah Kafiriyyah
ISLAM versus SEKULARISME (Secularism)
Ubudiyyah kepada Allah vs Taghut
Islam dan Jahiliyyah (Kuffar)
Haq dan Batil
Taat pada Allah SWT vs Durhaka pada Allah
Kebenaran (Islam) dan Kepalsuan selain Islam (samada agama atapun ideologi dan sekularisme)
Golongan Hizbullah dan golongan HizbuSyaitan / HizbuTaghut
Daulah Islamiyyah vs Daulah Kafiriyyah
ISLAM versus SEKULARISME (Secularism)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar